Flash Ku

TAG LINE

8/17/2009

Lumpuh akibat dihempap sampah


Bandar Tun Razak - Kurang ajar dan tidak berhati perut. Itulah perkataan selayaknya yang diberikan kepada individu yang tidak bertanggungjawab di Blok 94 Flat Sri Kota apabila bertindak membuang bungkusan sampah sehingga menghempap kepala pelajar.

Pelajar tersebut, Mohd Faris Azuan Mohd Rohan, 13, ketika itu membantu makciknya menjual kuih di kawasan berhampiran flat berkenaan.

Tiba-tiba satu bungkusan sampah mengandungi lampin pakai buang yang diikat dengan beberapa paket ais jatuh terkena kepalanya.

Akibat kejadian itu, Mohd Faris lumpuh separuh badan sebelum tidak sedarkan diri beberapa ketika selepas kejadian itu.

Mengapakah ada dalam kalangan masyarakat kita yang sanggup bertindak begini. Adakah sudah hilang rasa perikemanusiaan sehingga sanggup merentap masa depan seorang remaja.

No comments: