Flash Ku

TAG LINE

8/19/2009

Nik Aziz ekstrem


Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir.

"Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.

Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim.

Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan.

"Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya.

Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).

"Justeru, tidak mustahil Nik Abdul Aziz kerap dilihat memberi kenyataan yang berbaur hasutan untuk membolehkan beliau terus mengukuhkan tempatnya di dalam politik, selain untuk meruntuhkan sokongan dan kesepaduan di dalam Umno," katanya.

Ibrahim juga berkata, Pas sudah menyimpang daripada perjuangannya apabila berebut-rebut untuk mendapatkan tempat serta kuasa menerusi platform politik.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pula berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agama dalam perspektif politiknya kerana ia boleh mengelirukan orang lain, terutama umat Islam.

"Pandangan Tok Guru (Nik Aziz) mengenai politik yang berkaitan dengan agama ada kalanya menyebabkan sesetengah pihak salah faham kerana beliau mempunyai perspektif tersendiri. Oleh itu, tidak sesuai untuk beliau terus biarkan dirinya berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin agama daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Islam adalah untuk semua umatnya, tiada batasan mana-mana puak atau kaum, parti atau organisasi. Kenyataan Nik Abdul Aziz seolah-olah terlalu membahagi-bahagikan dan mengkelaskan Islam, semacam memberi laluan mudah kepada pengikut dan ahli Pas," katanya.

8/17/2009

Lumpuh akibat dihempap sampah


Bandar Tun Razak - Kurang ajar dan tidak berhati perut. Itulah perkataan selayaknya yang diberikan kepada individu yang tidak bertanggungjawab di Blok 94 Flat Sri Kota apabila bertindak membuang bungkusan sampah sehingga menghempap kepala pelajar.

Pelajar tersebut, Mohd Faris Azuan Mohd Rohan, 13, ketika itu membantu makciknya menjual kuih di kawasan berhampiran flat berkenaan.

Tiba-tiba satu bungkusan sampah mengandungi lampin pakai buang yang diikat dengan beberapa paket ais jatuh terkena kepalanya.

Akibat kejadian itu, Mohd Faris lumpuh separuh badan sebelum tidak sedarkan diri beberapa ketika selepas kejadian itu.

Mengapakah ada dalam kalangan masyarakat kita yang sanggup bertindak begini. Adakah sudah hilang rasa perikemanusiaan sehingga sanggup merentap masa depan seorang remaja.

7/23/2009

MEMANSUHKAN ISA????????

Mengapa ISA harus dihapuskan sedangkan ianya adalah satu-satunya benda yang menjaga HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU......adakah si MELAYU itu buta akan kepentingan ISA kepada Orang-orang MELAYU.................ISA telah wujud 49 tahun lamanya......jangan lah kita bersuara hanya untuk orang-orang yang ditangkap kerana kesalahan MEREKA.......mungkin ada sebab mengapa mereka ditangkap..............dan dikurung bertahun-tahun lamanya tanpa dibicarakan.........MENGAPA pada zaman Tun Mahathir tidak ada yang berani bersuara untuk mansuhkan ISA,..........???????????cuba beritahu penulis dimana Kebenaran Memansuhkan ISA ini adalah jalan terbaik untuk Orang-orang MELAYU.......

7/08/2009

PEMANSUHAN PPSMI......

hermmmm...........ini satu lagi keputusan yang agak bodoh diambil oleh Kerajaan.......sebab terlalu ramai yang menolak kemajuan didalam berbahasa..............kat sini bukan la saya nak cakap yang saya ni PRO kepada kerajaan....tapi , apa lah salah kalau belajar dalam bahasa inggeris untuk mata pelajaran tertentu......sebab saya kira itu bukan la penyebab anak bangsa kita melupakan Bahasa ibunda mereka sendiri..........so far......anak cina pun tak juga berbahasa melayu bila sesama mereka.........

Soal bahasa tidak timbul jika kita betul2 inginkan perubahan dari segi apa jua aspek baik dari segi ekonomi.......baik dari segi bangsa....atau apa jua lah........bukan kerana bahasa BANGSA kita akan berubah kepada lebih teruk....................

"Melayunya bangsa itu terletak kepada melayu itu sendiri.......tetapi MELAYUKAH..........MELAYU itu......"

7/06/2009

ADA KE PATUT........

Kerajaan (BN) turun Manek Urai untuk betanding di sana didalam pilihan raya kecil N41 Manek Urai dikatakan hanya untuk meraih simpati kepada rakyat Negeri Kelantan agar pilihanraya umum yang akan datang dapat memangkah BN dan menerima pemerintahan BN di Negeri Kelantan..........sakit pulak hati aku nie bila dengar benda2 mcm nie..........orang nak bagi kehidupan lebih selesa tetapi ini pula jawapnya..........ini la yag dikatakan "Di bagi salah......tak dibagi pun SALAH"

KONONYA........BN menukar ATAP bumbung rumah yang rosak dikatanya
sebagai pancing rakyat supaya pangkah BN...........
Nak tanya apa Kerajaan PAS buat.......
sampai rumah rakyat bocor pun tak boleh nak gantikan.............
Apa Kerajaan PAS buat , untuk memastikan........
ekonomi Negeri untuk rakyat setabil.........
Tolong la jangan CAKAP MACAM-MACAM.......................

PAS : PARTI ANGKAT SAMPAH........



7/05/2009

PAS : Parti Angkat Sampah.....

PAS "PARTI ANGKAT SAMPAH"................tak salah rasanya jika digelar begitu......sebab kalau BN "Bini Najib".......PAS Pulak "Parti Angkat Sampah"...........jangan mare yer.............

Perjuangan parti-parti politik jangan pulak selitkan dengan pelbagai nama pada nama sesebuah parti politik tak kisah la baik BN baik pembangkang......sama jer..............tidak ada bezanya pun.......

Melayu Di Ambang Kejatuhan..........

Kolumnis kontroversi, Awang Selamat, mendakwa belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah diambang kejatuhan.

"Bayangkan nasib Melayu nanti," tulisnya dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia, Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.

Awang Selamat mendakwa, belum lagi berkuasa, mereka (DAP dan PKR) sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu.

"Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi," tulisnya.

Menurutnya, sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang, khususnya DAP, yang menurutnya dibantu oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim "untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan".

Lebih menyedihkan lagi, tulisnya, perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin PAS, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menurutnya lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain.

"...kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya," tulisnya lagi.

Menurut Awang Selamat lagi, banyak lagi perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi raja yang kini didakwanya sentiasa diperlekehkan.

"Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa maknanya ini semua?" soalnya.

Katanya, selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, "selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu'.